Alhamdulillah, saya berpeluang mengikuti kursus Neuro Linguistic Symbols (NLP) di baru-baru ini yang telah ditaja oleh salah seorang rakan senior saya di Jaya 33, Petaling Jaya. Kursus NLP ini mengenalkan bagaimana untuk menyatukan minda dan hati supaya sentiasa bertindak positif. Apabila minda dan jiwa itu positif, maka seluruh tindakan dan perwatakan seseorang manusia akan positif, secara tidak langsung memberi kesan yang positif kepada orang ramai. Untuk membentuk jiwa dan minda positif, individu tersebut perlu melakukan sesuatu yang tedious (berulang).Kita bersyukur kerana dilahirkan sebagai Muslim, dimana antara rutin kita seharian ialah solat lima waktu. Solat lima waktu ini merupakan antara replication yang kita lakukan setiap hari dan dipercantikkan lagi dengan doa selepas solat.Saya telah berkongsi konsep NLP ini disulam dengan elemen Islam bersama anak-anak yatim dan miskin di ASDAF. Mereka mempunyai keinginan untuk berjaya, tetapi terlalu banyak perkara yang berlaku di sekeliling menyebabkan mereka hilang fokus dan 'terlupa' matlamat utama mereka di ASDAF, iaitu untuk berjaya. Melalui proses NLP ini, saya menggunakan konsep foresight tentang kejayaan atau keinginan yang akan mereka capai di masa akan datang. Mereka cuba untuk melihat sendiri bagaimana situasi mereka apabila sudah berjaya. Bersama siapa mereka akan raikan kejayaan tersebut. Di mana mereka pada waktu itu dan apakah perasaan mereka ketika itu. Visualisasi ini disematkan dalam hati mereka. Apabila mereka mengalami perasaan yang negatif, mereka harus kembali pada visualisasi mereka sebelum ini yang menunjukkan mereka akan berjaya kelak.Setiap kali waktu solat, anak-anak ASDAF ini diperingatkan untuk sentiasa berdoa apa sahaja yang ingin dicapai. Doa ini akan berulang 5 kali sehari dan secara tak langsung untuk tersemat dalam jiwa mereka, insyaAllah. Semoga anak-anak ASDAF ini berjaya kelak.Muhammad bin Kamarulazizi
Reference: pickup-for-girls.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment